Salam ngeee~
Ak ade Assignment yang keDua diri dari UBM... act dari ari isnin lagi ak dh taw pasal assignment nie.. tp besa la ak.. confirm last2 minit br nk uat hahahaha... (cam nie la ak sbgai seowg student ngeee...)
Sunnah Nabi.
* Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya..
Dan Berdasarkan Penyelidikan ak nie la hasil nye...:
1) Sunnah Memakai Cincin
Adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari. Ini boleh dilihat apabila Rasullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin di jari nya:
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek >>>
"
Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)" (Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad s.a.w. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata
" Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)". (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai).(sumber dari:::
CiNi)
Oleh itu, hadith di atas menunjukkan bahawa kalau kita hendak memakai cincin di jari, kita hendak lah memakainye di....
first>>> di jari manis
second>>> di jari kelingking
(iaitu anak jari/ataupun jari yg paling kecil aka tomel)
Di LARANG memakai cincin di,,,,
first>>> jari tengah aka jari hantu
second>>> jari telunjuk
Musti kalian tertanya-tanye mengapa Rasulullah s.a.w melarang memakai cincin die jari tengah dan jari telunjuk kn??, okies sbbnye adalah:::
Perbuatan ini meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah s.w.t iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Dan, ini sedikit pengetahuan yg ak cedok dr laman sesawang... bagi kaum adam,
Menurut sunnah Rasulullah s.a.w, lelaki dibenarkan memakai cincin yang di perbuat daripada perak. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri juga memakai cincin perak sehingga baginda wafat. Tetapi, amat la di larang keras bagi kaum adam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Ini dapat dilihat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud::::
"Rasulullah s.a.w melarang daripada memakai cincin emas".
gmbar sekadar perhiasan ngeee~
2) Puasa Enam
Sepertimana yang kita ketahui puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan pusas, mulai dari terbit fajar sehinggal terbenam matahari.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w>>>
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadahan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan....." (Diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'o dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah.) (sumber dari:::
CiNi)
Maka, adalah wajib bagi umat islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan, dan sunat kepada umat islam untuk berpuasa eNam di bulan Syawal. Ini dapat dibuktikan menurut sunnah Rasulullah s.a.w iaitu::
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w>>>
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun", (Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Ansari r.a )
Antara keistimewaan / kebaikaan kita berpuasa eNam di bulan Syawal adalah:::
*Ganjaran pahala seperti kepada yang telah berpuasa selama SetaHun
Ini bermakna:
-Puasa sehari dalam bulan Ramadhan = Puasa 10 kali
-Jika puasa sebulan dalam bulan Ramadhan = Seumpama Puasa 10 bulan kerana 10x ganda
Maka>>>
-Puasa sehari dalam bulan Syawal = Puasa 10 kali
-Enam hari puasa dalam bulan Syawal = Seumpama 60 hari (2bulan)
~Oleh itu,
jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa selama setahun~
(sumber dari
CiNi)
*Boleh menyihatkan tubuh badan
(dr segi detoksifikasi atau penyahtoksin, sumber dari CiNi)
*Dapat meningkatkan ketajaman mental
(klik CiNi juga)
cedok dr encek google~
3) Sunnah Membunuh Cicak
Hah... Cicak?? sape tak penah tgk cicak sume penah tgk cicak kn... ak ingat lagi... dulu ketika ak kecik2 atok ak slalu cakap pegi bunuh cicak tue cepat...!!! amik getah tue.. (dalam ati ak.. eeeiii... dah le geli... tgk cicak putus ekor pun ak panjat atas kerusi.. hohooo...) skang baru ak paham kenapa atok aku suh bunuh cicak...:::
Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w>>>
"Barang siapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barang siapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yan berbeda dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeda dengan yang kedua" (Di dalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami' at Tirmidzi dari Abu Hurairah)
Ini bermakna dengan membunuh cicak sebanyak::
1 kali = 100 kebaikan (pahala)
2 kali = kebaikannya berbeda dr yang pertama (kurang sedikit)
3 kali = kebaikannya berbeda dr yang kedua (lagi kurang sedikit)
Dan lagi, Sabda Rasulullah s.a.w>>>
"Barangsiapa yang membunah cicak maka Allah s.w.t akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya".(Bukhari dan Muslim)
Apa sebab disunnahkan bunuh cicak??
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah memberitahu kami bahawa tatkala Ibrahim a.s dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang meniup-niupkan apinya. Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuhnya" (sumber dari
CiNi)
Maksudnya: Cicak la yg telah meniup api untuk menyemarakkan lagi api tersebut terhadap Nabi Ibrahim a.s, sebab itu Rasulullah s.a.w mengarahkan untuk membunuh cicak.~
Akan tetapi... bukan maknanye kt harus bunuh cicak setiap kali kite nampak cicak.. kalo mcm tue kene la bawak getah setiap kali pegi mane2x... hohohoo...
Kite disunnahkan membunuh cicak sekiranya ia membahayakan kita.
Wallahu A'lam
eh nie boley bunuh ke?? oppss ciCakMan la...
Di harap info yang saya berikan sedikit sebanyak boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pembaca.. segala yang baik datangnye dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnye dari sy.
Amin..